TANGGUNG JAWAB
TERSIRAT
KITA sedang memandu. Sebuah kereta meluncur laju memintas
tajam, hampir sahaja terlanggar.
Apa
kita buat?
Maka
keluarlah perkataan, "Bloody hell! Bapa dia punya jalan dia! Barua
babi!" Tangan kita tergerak langsung kerana tertekan dari tindakan
'natural' kita. Kita bunyikan hon dengan kasar, menekan beberapa kali. Gema
menyampah hon yang kalau dalam keadaan biasa kita sama sekali mengelak layan,
langsung tidak terbeban lagi. Dreber dari kereta hadapan memperlahankan kereta
membuat kita turut sama menekan brek. Dia pun menyampah dihon berkali. 'Lu
samseng, gua samseng!'
Maka
kereta yang berada di belakang lantas membunyikan honnya. Dia tadi terpaksa
brek mengejut mengelak kereta kita.
Makin keliru kita dibuatnya. Diamana tau bukan salah kita! Kita tinggi
lampu mahu pemandu hadapan sedar kesalahannya. Juga kerana kita mahu
menyatakan, kita marah! Maka mulut pun menambah kurang ajar laknat siut sebagainya. Memanaskan hati agar
kita sedar yakin kita tak boleh dibuat main-main.
Lelaki
di hadapan buka tingkap lalu menunjukkan jari tengahnya. Masih memperlahankan
kereta. Kurang ajar, tidak mahu kita memotong. Juga menyempitkan laluan bergerak
kita.
Sudah
bermacam kata maki dalam diri, meluap keluar bila sudah longgar ditahan. Ia
mendesak kita memotong sebelah kiri lalu menghimpit kereta hadapan. Lantas kita
juga dengan 'natural' menunjuk jari tengah! Di tambah dengan meludah setelah tingkap
dibuka. Tak kiralah angin kuat yang melibas. Itulah, manusia lain yang mulakan,
kita samakan diri kita sebiji macam dia. Kalau itu setan di depan kita, kita
pun menerima setan dalam marah kita. Pelik bukan?
Apa
yang terjadi kemudian, macam-macam boleh reka. Kita penulis, kita mampu membina
scene.
Itu
kita relakan penulisan kerana ia 'natural'. Memang itulah kenyataannya.
Natural! Maki hamun, desakan liar dalam tubuh, angkat jari tengah dengan
angkuhnya mahu menyatakan, aku ini siapa! Kita kata itu natural! Benda biasa
dalam kehidupan. Natural = Orang lain buat, kita buat.
Natural?
Ya ke? Natural kepada siapa? Kepada penyangak kurang ajar? Kepada kita orang
yang beragama dan bermegah bahawa agama kita yang terbaik di alam ini? Natural?
Kita yang kononnya sembahyang tak tinggal di masjid. Natural bila maki hamun?
Kata siapa?
Kata
Orang Putih, sememangnya jelas. Natural itu kurang ajar melampau!
Bukan
kata-kata manusia Melayu yang benar-benar Melayu. Kerana Melayu dan islam itu
berpisah tiada. Kerana Melayu dan budaya sopan itu satu. Orang Putih yang tidak
berbudaya dan segalanya keliru itu sememangnya begitu. Maka diperjuangkan dengan megah dalam filem-filem
dan drama mereka. Apa yang keliru dan kotor! Majoritinya kerana mereka setan
besar, pemandu kereta di depan kita!
Anehnya
kita memilih untuk meMat Salleh-kan diri. Tak boleh tukar warna kulit tak pa.
Tukar perangai. Aduss..., kita suka sangat dengan sikap 'bebal' dan 'kotor'
sebegitu. Kita amalkan, kadang itu berbangga dengannya. Sedar atau tidak.
Melayu
itu kolot, beradap itu kuno! Mat Salleh juga yang betul.
Lalu,
dalam pendewaan sedar atau tidak kepada budaya keliru luar ini, kita paparkan
pula dalam drama dan filem kita. Kerana ianya realiti dan 'natural'! Juga kerana kiblat penulisan kita itu adalah
barat. Filem dan segala perkembangan drama dari negara keliru ini kita
umpamakan sebagai tokong berdaulat atau barang sembahan suci. Kalau tak sampai
level pendewaan pun, mereka jadi ikutan.
Juga
kerana dari awal kita belajar lagi, kita didedahkan kepada segala pembudayaan
yang dibawa mereka. Proses awal pendewaan mesti kiblatnya kepakaran Orang
Putih!
Hmmmm...,
ada jalan keluar ke?
Mari
kita selidik sikit alternative action..., apa yang mahu kita
perjuangkan.
Sedarlah
'natural' itu boleh dibina! Tambahan di tangan penulis. Kena faham benda
begini. Ia bukanlah undang-undang keras kena ikut!
Saya
sentiasa percaya, tangan penulis itu membentuk budaya. Maka rugi dan sia-sialah
keberkatan yang diberikan kepada penulis itu kalau dia hanya mahu menurut arus
budaya dan 'realiti' yang ada. Rugi teramat!
Mari
kita ambil senario ini. Kita memandu. Isteri di sebelah. Manusia yang kita
sayang. Kita sanggup buat apa sahaja kerana dia. Malah memandang wajahnya itu
menyenangkan. Datang kereta laju,
memintas tajam! Kalau kita tidak membrek akan terlanggar lah. Pemandu di depan
nampaknya memandu secara menggila.
Respon
kita..., "Astaghfirullah!" Kita mengucap permohonan
pengampunan mengakui salah kita dahulu. Kemalangan boleh berlaku dan isteri
kita boleh cedera. Lalu kita istighfar. Berkali. Kerana apa sahaja kesilapan
itu seharusnya bermula dengan kita dulu. Jangan tengok salah manusia lain.
Tengok salah sendiri dulu. Juga kita istighfar kerana lidah dan mulut sudah
diasah begitu.
Kita
sedang marah. Memandu melulu begitu akan menyusahkan pemandu lain. Kita ini
manusia, kita mampu marah. Bukan sentiasa baik sahaja kot. Isteri yang
menyenangkan di sebelah melihat muka kita merah, mengingatkan. "Dia
kecemasan kot abang! Mungkin ada orang sakit! Mungkin perlu ke bilik air!"
Teguran
isteri mahu mententeramkan. Juga mahu menenangkan. Tidak mahu suami bergaduh.
Kita
sebut keluar kemarahan kita. "Pandu begitu bahaya! Nasib abang brek!
Kalau tidak dah langgar!" Kita memandang isteri.
Mulalah
si isteri main psiko. Dia wanita yang bijak. Dia mahu suaminya tenang. Bergaduh
atau marah tidak membawa kepada sebarang kebaikan. Dia juga tahu bebal dan
perongos suaminya itu dahsyat. Lalu dia senyum. Jelas tangan suaminya mahu
menekan hon kereta. Begitu terdesak mahu bertindak. Lalu dipegang tangan
suaminya.
"Kasihan
kalau dia ada masalah!" Pujuk isteri.
Hati
suami mulai sejuk. Tambahan bila wajah psiko minda isteri itu murung kasihankan
orang di depan. Orang dah buat jahat, dia pula kasihan manusia di depan.
Malaikat ke apa. Namun itulah yang menyejukkan kita. Kerana itulah kita
memilihnya.
"Sayang OK?" Tanya suami kemarahan hilang langsung. Tumpuan harus
kepada isterinya.
Itu
scene alternatif. Tidak serba canggih laju pace setting. Dan tidak
kurang ajar. Ianya perangai yang baik seorang Islam. Mungkinlah boleh
dicantikkan dengan intercutting pada reaksi yang baik. Pendekatan filosofi yang diambil mungkin lah
segala marah maki hamun itu sifat muda dan dibenarkan keadaan. Itulah
rasional kita.
Apa
pun... Ia menanam sekali tersiratnya pembentukan budaya yang indah.
Mat
Salleh berjaya masukkan keselesaan hidup cara mereka selepas puluhan tahun
menyerapnya dalam penerbitan mereka. Kita mengikut bodoh! Pada hal, kita boleh
menyerap segala yang tersirat dan membentuk budaya kita sendiri dalam drama
kita. Cuba renungkan!
Sememangnya
boleh segala kata maki dan segala sifat perongos ditunjukkan. Itu happening!
Semua orang yang ada bersifat begitu! Adakah itu yang terbaik? Dalam
tanggung jawab membentuk pemikiran separa sedar masyarakat, bukanlah sifat
kurang ajar itu yang sebaiknya. Malah ia tidak cantik pun. Tidak kalau kita
mahu membina bangsa yang kuat. Itu semua hanya membawa kita kepada keruntuhan
budaya dan akhlak. Runtuh baik pada moral, baik pada pembudayaan.
Pada
saat ini, saya teringat sajak yang dibawa penulis besar.
Sajak Robert Frost itu The Road Not Taken
pada saat penulisan ini sangat berguna.
THE ROAD NOT TAKEN
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Kebiasaan penulis akan mengikut
arus yang ada. Tidak mahu perubahan, tidak yakin kemampuan. Segala keyakinan
dan kekukuhan serta keimanan diperdagangkan kerana projek dan kerja. Dapat
projek buat saja macam orang suruh. Itu kehendak stesen kononnya.
Juga kerana kita ini biasa
melakukan, maka kita lakukan. Kalau mulut suka mencarut, maka kita mencarut
juga dalam penulisan. Kalau hati itu kasar, kita berkasar juga dalam
pendekatan. Kita menulis kerana ianya
kita, kita yang tanpa ada visi dan perjuangan. Hanya kerana kita mendapat
projek, ego kita meluap keluar. Siapa kita itu jelas pada perwatakan dan dialog
yang kita cipta.
Sayang sekali.
Sayang sekali kita tidak
mempunyai 'terajut akal' yang mampu mencorakkan budaya yang kita mahu
permuliakan.