I used to pray more than 52 rakaat per day some years back. 13 years buat ibadat begitu. Tahajud, witir, tasbih, dhuhaa, awwabin dan segala sunat rawatib.. semuanya.. Tak tinggal for 13 years. Kenapa, I only wanted to be a good person or rather orang paling baik di mata tuhan! Then I started to have some questions about 'orang islam', yang sembahyang tungging langgang, yang kuat ibadah dan sebagainya but seriously.. hati dan budi tidak sejauh mana. Kekadang benda macam ni buat kita tanya... Kalau bagus sangat sembahyang dan ibadah yng kuat.. kenapa manusia ni sentiasa saja tak betul?
Zaman mula beribadah, semua set on auto, ada saja kuasa yang menggerakkan untuk ibadah. Kalau tengah malam, 4.30 pagi guarantee bangun.
Lately, the same power mula mengacau kembali. Malam tak dapat tidur dan terpaksa bangun untuk ibadat. Lambat sembahyang waktu akan sakit bahagian belakang teramat sangat. So, dah mula kembali ke zaman terdahulu. I found it easy to sembahyang banyak dan tidak memberatkan sama sekali. My hope is this will last. Cukup dah masa rest...
My point of writing this.. bukan nak habag kita ni rajin ibadah but to stress on a point yang tersilap faham. Sembahyang atau ibadat umum seperti puasa, zakat, haji tidak membentuk manusia. Jangan salah sangka. Ianya merupakan satu tanggungjawab sebagai orang islam. Kalau jadi islam ini harus dikerjakan. Mesti dikerjakan. Itu sahaja. Yang membentuk jadi manusia baik atau tidak adalah sama sekali ilham dan dorongan tuhan dicampur dengan rasa takut dan sayang kepada tuhan.
Kalau manusia dilihat rajin sembahyang, rajin ibadah lainnya... jangan kata dia manusia yang baik, sebaliknya kata, dia telah beriman dengan Allah. Orang kita biasanya tengok orang sembahyang dan boleh cakap arab sikit, kita dah kata dia manusia yang sebaiknya. Belum lagi...
Kadang kala kita sedekah untuk habag kat orang kita ni baik. Kadang kala pula, kita buat baik kerana kita ni jahat. Banyaklah lagi sebab lain, tak payah nak bercerita di sini. Cuma kalau kita takut kepada tuhan dan sayang kepadaNya dan berharap disayangi balik oleh tuhan dengan dirahmati pertunjuk yang baik maka kita dapat membuat benda dengan sebaiknya dan ikhlas. Benda macam tu bukan untuk manusia menilai sama sekali. Jadi seeloknya, jangan menilai manusia tambahan nak label-kan dia sebagai manusia baik memandangkan itu kerja malaikat. Sebaliknya kalau dia buat sesuatu kebaikan terima itu kebaikan yang dia buat sahaja. Jangan kata dia dah baik.
Saya melihat perkembangan terkini di mana DR Mahathir agak marah dengan Pak Nik yang meyifatkan kaum nasionalis sebagai lebih teruk dari Lee Kwan Yew dan marahkan orang PAS yang mahu memecah belahkan perpaduan orang melayu. Saya membaca kembali jawapan Pak Nik yang nampaknya seakan jawapan manusia yang sangat baik dan mendapat pertunjuk yang baik dari tuhan. Tapi bila difikirkan dengan segala ayat dan segala bantahan Pak Nik, nampak banyak yang tak betul. Mungkin salah bagi contoh. Dia menuduh UMNO dan Mahathir menyebabkan perpecahan Melayu. Dia bagi contoh peristiwa tengku Lee keluar UMNO dan kemudian Anwar. Yang katanya menyebabkan orang melayu berpecah. Betul tapi tak tepat. Kalau nak tengok cerita sekali harung nampak begitu tapi kalau hidup di zaman tu, kita akan faham. Tanpa prejudis, Mahathir lebih tepat dalam membuat keputusan.
Dan Pak Nik, tolonglah jangan mengata sangat kepada orang nasionalis. Saya pun terasa juga. Kalau pun saya belum dijanjikan masuk syurga macam kebanyakan orang PAS tapi kami pun beriman kepada tuhan yang sama. Tok nenek saya, tok guru saya memperjuangkan hak hak orang melayu juga dan mempunyai jiwa melayu yang tebal. Saya berharap dan berdoa mereka juga disayangi tuhan kerana setahu saya, mereka teramat berbudi bahasa, sangat baik hati dan pemurah. Baik seribu kali dari orang PAS dewasa ini yang banyak mengata orang, berkira dan kedekut. Rasanya kesesatan yang nyata adalah kita berkata bagi pihak tuhan bahawa, syurga itu terletak pada saya, dan ikut saya masuk syurga! Tanamlah sikap rendah diri sedikit. Belajarlah sebelum terlambat. Buat saja kebaikan tanpa harap apa apa pun.. lama kelamaan tentu akan nampak kesannya.
Parti poliik mana pun tak janji apa apa kecuali kekuasaan kepada pemimpin sahaja. PAS ke UMNO ke, yang untungnya pemimpin sahaja. Saya ni sebagai rakyat akan sentiasa rasa tak tenteram kalau nak ini itu.
No comments:
Post a Comment