Friday, October 2, 2015

Phenomenon:- Seni Bercerita Dalam Bentuk Visual

It has been a while.

It was a long time ago that I found this one movie amazed me a lot. I can't help but to think about all the possibilities that the film conveyed. I still find it all fascinating. About life and death, the secrets behind human mind, sacred bond of friendship and the quiet meaning of love. It was the movie! Dealing with all the above. Beautifully done. 


If you want to produce a movie, this is the way to do it. If it is as simple as cut and paste, well, all movies should be done like this. Just cut and paste Phenomenon and you have a good movie. Its magic, the humor, wittiness of the dialogues, down to earth characters (who have ever thought that  American could be so down to earth and polite!!! Hollywood has long and proudly shown us that Americans are nasty bad-mouth black-cultured people (though they are white), love to kill (and still doing it), few vocab-people and unable to survive without a few bad words in every sentence they deliver) and a society without a decent  civilised culture.), were amazing.

I want to comment about this movie and the frustration over Malay drama and movies, which seem to lose direction to where it is headed. 

Jon Turtletaub sebagai pengarah melakukan dengan begitu sempurna tanggungjawabnya. Dari segi shot, lighting dan penghayatan watak, langsung tidak ada kesilapannya. Dialog disampaikan dengan jelas dan begitu tertib. Alangkah baiknya kalau ada orang begini sebagai pengarah di negara kita. 

Elemen-elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah filem untuk menjadikan ianya istimewa seperti unsur-unsur magiknya, keperwiraan watak-wataknya, unsur hiburannya dan akhir sekali romance digarap dengan baik sekali.  

Tema biasa diambil, seorang makenik yang sepanjang hayatnya cuma tinggal di pekan kecil, jatuh hati dengan seorang janda beranak dua. Ini adalah asas kepada penceritaan. Kemudian digarap masuk keperluan untuk menonjolkan apa kah magiknya filem ini.

Lalu dimasukkan
1. Watak utama terdedah kepada cahaya dari langit
2. Watak utama menjadi terlalu pandai kerana dedahan tersebut.
3. Sepanjang penceritaan akan menonjol kebolehan baharu watak utama.  

Unsur magik yang amat menarik. Menjadikan cerita ini amat tersendiri. Magik dalam erti kata lain bukan lah dengan menunjukkan seorang ahli silap mata menunjukkan kebolehannya.

Seorang penulis skrip semestinya mempunyai pemikiran teratur yang sebegini. Mula dengan meletakkan tema sesebuah cerita. Kemudian dimasukkan keempat-empat kriteria yang menjadikan ianya istimewa. 

Unsur awalnya adalah magik. Apa yang diklasifikasikan sebagai magik adalah satu keistimewaan tertentu melalui penceritaan persekitaran atau perwatakan yang memberi sedikit fantasi, membuka imaginasi serta menggerakkan sensasi keseronokan dikalangan penonton.

Seorang penulis harus mampu berfikir dengan membentuk sebuah cerita. Kerana seni visual adalah seni bercerita. Kalau kita mengkaji Phenomenon maka unsur magik yang dimasukkan adalah watak utama menyambut hari ulangtahun kelahirannya, penuh meriah di sebuah pub. Kerana dia, George O Mally adalah seorang makenik yang baik hati. Semua orang kenalnya. Elemen magik masuk apabila pada tepat 12 malam ketika mendongak ke langit, dia pengsan akibat terpncar cahaya dari langit. 

Ceritanya dibawa... apabila kebolehannya mulai terserlah dalam pelbagai bidang. Inilah faktur yang mencantikkan cerita. Namun cerita ini tidak lari dari tema asalnya.. kisah percintaan watak utama yang terlalu cinta seorang janda anak dua.  

Unsur keperwiraannya dibawa masuk ke dalam cerita dengan menunjukkan perwatakannya sanggup berkorban untuk kawannya walaupun dia akan mnghadapi kesusahan. (Ketika kawannya ditangkap kerana berjaya memecahkan kod rahsia kerajaan), watak utama menyerah diri kerana tidak mahu kawannya didera. Tidak itu saja, dia telah menentukan jodoh buat kawannya yang takut perempuan.  

Unsur keperwiraan juga ditunjukkan melalui sikap kelakian watak utama umpamanya amat setia kepada seorang wanita serta usahanya menjadi manusia biasa walaupun dengan segala keistimewaannya.  

Tujuan unsur unsur keperwiraan dijadikan antara elemen utama penceritaan adalah, kalau unsur magik membuka sedikit fantasi atau sensasi di kalangan penonton, unsur keperwiraan meledak semangat penonton untuk menyokong watak utama. 

Unsur hiburan dalam filem ini tidak mengambil pendekatan terus atau langsung apa itu hiburan. Bagaimanapun ia mempertengahkan budaya masyarakat tempatan sebagai unsur hiburannya. Tujuannya dengan budaya, masyarakat terhibur. Jadi kita melihat George akan bertani. Kita dihidangkan dengan pemandangan yang amat menghiburkan. Memberi ketenangan kepada mata dan hati yang melihat. 

Dari sini jelaslah klasifikasi hiburan itu tidak terletak kepada penggunaan penyanyi utk menyanyi lagu atau pergi berhibur di kelab malam. Hiburan itu adalah faktor sampingan di dalam filem yang dapat memberi ketenangan sejenak dalam menghayati drama atau filem tersebut. Satu pendekatan, asalkan ianya menenangkan penonton adalah hiburan. Unsur komedi, dialog perwatakan bersahaja, permainan rakyat (catur umpamanya) adalah antara kriteria hiburan. 

Akhirnya romance. Tujuannya adalah memainkan perasaan penonton untuk merasa hiba atau sedih bersama watak. Untuk merasa gembira dan terhibur bersama watak. Malah tujuan utama romance atau percintaan ini adalah untuk mengikat penonton dengan perwatakan. 

Kita melihat George O'Mally sukakan seorang janda. Tiap hari dia akan membeli sebuah kerusi yang dibuat janda tersebut. Buatannya tersangat buruk tetapi George sentiasa membelinya. Kerana cintanya. Cintanya dilafazkan tetapi janda tersebut berulang kali menolak kerana dia tiada masa untuk bercinta. Anak-anak perlu perhatiannya sepenuhnya. Namun George tetap berusaha. Tidak berputus asa. Matinya Gorge juga dalam keadaan cinta yang mendalamterhadap janda anak dua ini. Ini menjadikan unsur romance di dalam penceritaan ini unik. 

Wednesday, August 28, 2013

Basikal dan budak budak

Dah dua hari budak budak cuba tunggang basikal akhirnya petang tadi kedua dua Nas dan Cha dah boleh balance dengan baik dan berjaya.

Satu kejayaan yang besar considering dah lama sangat anak-anak nak main basikal. It is good juga dengan dua hari belajar mereka dah boleh tunggang basikal. I asked them and they said daddy garang. Jadi cepat boleh. Hmmm.... daddy garang?

I was driving a few days back when Nas asked me a question. Bapa daddy (his granddad (passed away several years ago) macam mana? Hmm.. it took me a while to answer. Trying to find the right answer. So I said, macam daddy. Bapa daddy macam daddy. Nas immediately turned to Chacha sitting next to him and said,"Bapa daddy pun suka tipu orang macam Daddy!". Hmm.. I thought I already given him a good answer. Hahahahhaha...

Of course I have to tipu them most of the time. But it was all done for a good reason.

Last night, when I was having dinner with Chacha and my wife, I tried to ask my darling daughter Chacha, Daddy ni orang macam mana. Jawap dia tanpa ragu ragu, daddy suka tipu orang. Daddy suka marah orang. Daddy garang. Tanya dia daddy baik ke tidak? It took a while before she asnwered dengan angguk dan pejam mata macam susah sangat nak sebut. Daddy baik sangat! Macam reluctant nak sebut...

Nas, Cha, Hadif and Harraz minta nak naik basikal sebelah malam and I said yes. But sayangnya hujan lebat dan bila time yang dijanjikan, hujan mula turun. Lebat. Lebat sangat. Makin lama makin lebat. I turned to Nas, mahu Nas baca buku kalau daddy hentikan hujan.

He looked at me agak marah. Kerana suruh baca buku. He walked away thinking that it can't be done bacause it rained makin teruk. I told him he better read his book because it will stop in 5 minutes time.

The group, all 4 of them faced the rain while I recited my prayer. Angin kuat bertiup.  Makin kuat. Hujan kemudian berhenti. But it was already too late untuk main basikal. Dah pukul 11 malam.

Mereka dipaksa tidur. And I went out to feel the weather. And thank god for always listening to me. Whatever I asked for even though it seemed impossible Dia akan bagi. God is great.




Sunday, August 4, 2013

Harraz and his specs

Yesterday, August second, Harraz got his first spectacles. He looked pretty good in it too. I noticed that he has trouble seeing thing clearly and decided to have his eyes checked. True enough he needs glasses. It's already 250 for each side.

I was ten when I started wearing mine. Harraz is only 7. Hmmm....  I hope his eyes will get better rather than being supported with a thick glasses like mine.

It was last Thursday that we went to the optometrist and he had been counting days to get his glasses, seemed to some big deal to him. For the rest; Nas, Erisa, Hadif and Naydia they are just fine without one. Even the need to have what other have Hadif seemed reluctant to wear one. Much seeing Harraz's eyes being tested wearing those monster looking glasses.

Huh, life with the children is something....

Friday, July 1, 2011

Kisah Baju Lusuh

Sentuhan Jiwa Untuk Kanak-Kanak
Saya akan mula menulis beberapa buah cerita yang bertujuan memberi dorongan dan semangat kepada kanak-kanak agar membentuk jati diri kemanusiaan yang mulia. Kebanyakan cerita yang terdapat berkisar kepada cerita tuan puteri atau pengembaraan yang langsung tidak memberi sebarang pendedahan kepada pembentukan sifat sifat luhur dan mulia dalam diri seseorang kanak-kanak.
Sebagai penulis, saya akan berusaha.
Kisah Baju Lusuh
Cikgu Hamid baru beberapa tapak melangkah setelah menutup pintu pagar sekolah apabila dia terdengar ia cuba dibuka. Perlahan. Hampir tiada bunyi. Tetapi telinga Cikgu Hamid memang diasuh untuk mencari salah. Cikgu Hamid mematikan langkah dan berpusing memandang Zali yang tercengat menunduk di pintu pagar. Bagai orang salah menanti hukuman. Baran Cikgu Hamid kembali bila ternampak Zali. Lewat ke sekolah. Jam sudah 1.40 petang. Hampir 10 minit sesi sekolah petang bermula. Zali lambat lagi. Murid lain sudah lama di kelas masing masing. Zali pula akan sentiasa lewat. Murid malas!
"Awak lagi. Tak habis habis muka awak yang lambat!" Suara tempikan yang meninggi marah hampir mematikan degup jantung Zali. 
"Kenapa dengan awak ni? Tengok baju awak! Kotor! Macam tak ada baju lain awak nak pakai!"
Zali tunduk diam. Tidak berani membantah atau memberi alasan. Dia dah buat salah. Dia mesti sanggup menerima hukuman.
"Awak pergi masuk kelas! Saya beri amaran pada awak. Kalau esok saya tangkap awak lewat lagi, saya bedal awak dengan rotan"
Zali mengheret kakinya perlahan. Sedaya upaya cuba mengawal kasut yang dipakainya dari terlucut. Dia tidak mahu kasut besarnya terlucut di depan Cikgu Hamid. Cikgu Hamid cikgu disiplin. Dia garang! Sedikit salah saja pasti berat hukuman.
Cikgu Hamid memerhatikan Zali melangkah pergi. Meluat dengan perangai Zali yang langsung tidak hiraukan undang-undang sekolah. Tiap hari muka Zali saja yang lewat. Zali dengan kasut besarnya, baju lusuh yang bingit bau peluh. Budak yang malas dan tak tahu menjaga kebersihan.  
Esoknya, sudah 15 minit lewat pun, Cikgu Hamid masih menanti di pintu pagar. Zali muncul akhirnya. Lebih lewat dari biasa. Malah lebih lewat dari malam kelmarin. Cikgu Hamid gembira kerana jangkaannya memang benar. Biar lama sikit menunggu tetapi berbaloi. Zali ditangkap. Amaran sudah diberi. Kalau lewat lagi, Zali akan dirotan. Cikgu Hamid sebenarnya gembira Zali berani mengujinya. Dia akan mengajar Zali betul-betul. Biar tiga kali rotan hinggap di punggung Zali, tentu dia akan sedar. Zali memang murid yang tidak bertanggung jawab. Kalaupun dia ditegur dan dipesan, Zali akan tetap datang lewat. Murid yang malas. Perlu diajar.
Zali diseret ke bilik guru dan dibedal tiga kali dengan rotan. Tiap kali rotan hinggap dipunggungnya, Zali sedikitpun tidak meraung sakit. Bila selesai, Zali disuruh balik ke kelas. Perlahan Zali menunduk dan berundur ke kelasnya. Menyeret kasut besarnya perlahan. Cikgu Hamid tidak nampak. Mungkin kerana agak seronok membedal Zali. Cikgu Hamid tidak nampak beratnya hati Zali menanggung hukuman ke atasnya. Mata Zali penuh bergenang air. Tetapi dia langsung tak bersuara. Malah ketika dirotan pun dia tidak mahu meraung sakit. Hatinya keras menerima hukuman. Berani buat berani tanggung! Sifat lelaki sebenar, ajar abangnya, Tajudin. Lelaki sebenar mesti berani. Kasut besar yang diseret Zali tertanggal apabila dia melangkah keluar dari bilik guru. Lantas Zali menyarung kasutnya. Tanpa disedarinya, air mata menitis jatuh ke lantai. Cikgu Hamid cuma memandangnya. Menggeleng kepalanya tanda dia masih tidak berpuas hati dengan sikap Zali.
Baru tunduk untuk menyarung kasutnya, Cikgu Zainab tiba-tiba saja muncul menarik kasut dari tangannya lalu disarung ke kaki Zali. Zali merasa serba salah melihatkan Cikgu Zainab membantunya. Selesai menyarung, Cikgu Zainab menyapu air mata yang mula membasahi pipi Zali. Dia mengusap airmata muridnya dan membelai rambut Zali. Seakan memberi semangat kepadanya. Kasihan dengan anak muridnya yang dirotan.  
Setelah Zali meninggalkan mereka, Cikgu Zainab bertemu Cikgu Hamid mengajak rakannya itu mengikutnya ke satu tempat. Cikgu Hamid harus datang awal esoknya kerana dia mahu tunjukkan sesuatu yang penting kepada Cikgu Hamid. Mahu tidak mahu, diajak dan dipujuk Cikgu Zainab, Cikgu Hamid bersetuju untuk mengikut rakannya itu esoknya.
Esoknya.
Cikgu Hamid menampar mukanya yang diganggu nyamuk. Naik rimas kerana terpaksa bersembunyi di belakang pokok mempelam yang agak semak. Tempat yang tidak dijaga, tengahari pun banyak nyamuk. Cikgu Hamid baru mahu menyuarakan ajakan Cikgu Zainab bukan suatu yang baik apabila dia disuruh diam dan memerhatikan ke arah rumah Zali yang berada tidak jauh dari tempat mereka bersembunyi. Zali keluar tidak berbaju dan cuma berseluar sekolah. Dia duduk di anak tangga sambil memasukkan kerompolan surat khabar ke kasut sekolah bersaiz besar kepunyaan abangnya.
Cikgu Hamid baru sedar, mereka berada di kawasan rumah Zali.
"Cikgu nak kita buat apa layan nyamuk macam ni?" protes Cikgu Hamid pada rakannya.
Cikgu Zainab cuma menyuruh dia diam dan memerhatikan Zali. Nampak Zali agak cemas. Dia mundar mandir. Jam di tangan Cikgu Hamid sudah pun pukul 1.20 tengahari. Murid malas ni masih belum berbaju. Patutlah lewat. Baru saja Cikgu Hamid mahu bertindak untuk keluar memarahi Zali, dia tersentak apabila Tajudin berlari memintasnya. Berlari laju sambil membuka butang baju sekolah yang dipakainya. Menanggalkan baju sekolahnya. Cikgu Zainab segera menarik Cikgu Hamid. Merayu dia memerhatikan apa yang akan berlaku.
Bila Tajudin sampai di rumahnya, baju yang dipakainya siap tertanggal. Dia terus memakainya pada adiknya, Zali. Begitu cermat dan penuh kasih sayang.
"Kita orang lelaki. Terima saja kalau kita salah. Faham!"
"Sakit abang. Adik sakit kena rotan semalam kerana lewat. Cikgu Hamid garang!"
"Abang tak ada duit nak beli baju buat Zali. Pakai baju abang dulu. Nanti bila ayah dah sembuh, dia boleh pergi kerja, tentu kita beli baju baru untuk Zali. Kerja abang buat boleh makan saja. Ingat, kita mesti rajin usaha timba ilmu. Ayah mahu kita pandai!" Pujuk Tajudin sambil menunduk memakaikan kasut di kaki adiknya.
"Ayah dah makan ubat tadi, abang!. Dia tak mau makan tapi Zali pujuk juga! Abang jangan lupa balik bagi ayah makan ubat petang nanti," ujar Zali lebih menyuruh.
Zali kemudian bergerak pergi. Langkahnya laju.
"Cepat adik. Dah lewat!" Pekik Tajudin.
Zali mulai berlari. Dia terhenti bila terdengar abangnya memanggilnya lagi.
"Ingat! Belajar rajin-rajin. Tak mengapa kita susah. Ilmu tu penting. Kalau kita kena bedal, kena rotan, kena usik, terima saja! Orang lelaki mesti berani hadapi susah!"  Tajudin sekali mengingatkan adiknya. Baru 13 tahun tetapi sudah pandai nasihat adik.
"Abang jangan lupa bagi ayah makan ubat! Baju baru, kasut baru tak ada pun tak apa. Asal ayah sembuh," tambah Zali lalu terus berlari dari situ. Kasut besarnya terlucut beberapa kali bila berlari.
Cikgu Hamid tersentak dengan apa yang berlaku. Dia memandang Cikgu Zainab yang kini sedih mengusap air mata.
"Budak yang kecil macam tu pun tahu menjaga ayah yang sakit. Dah lebih 6 bulan sakit! 6 bulan tak ada pendapatan. Si abang sekolah pagi, si adik sekolah petang. Pakai baju yang sama. Tak pernah merungut. Tak pernah meminta atau mengharap," terang Cikgu Zainab.
"Bapa sakit, mereka makan apa?" Tanya Cikgu Hamid mulai mengambil berat.
"Tajudin akan keluar sekejap lagi. Bawa sabit dan guni. Cari upah potong rumput rumah orang orang di sini!" Tambah Cikgu Zainab.
Cikgu Hamid duduk tersandar pada pokok mempelam yang tadinya banyak nyamuk. Sesal dan kagum!  Tiba-tiba saja tiada lagi nyamuk yang menganggunya.



   
  




Thursday, April 28, 2011

Hormat

Tok Haji Napiah dari Kampung Kodiang Lama adalah orang yang paling saya sayang. Hidupnya simple, amalnya kira tak terbuat oleh kita, kononnya ilmunya agak menakjubkan The last years of his life, he probably spent most with me (part of it). Exchanging idea on philosophy and religion. There were days when I wonder why he said I was his last student (he called me Tok Guru) and we grew so fond of each other. Later I found out why. A day before he fell (into comma) and never awakened, I had the sudden urge to rush home. I was in KL that time and suddenly, I wanted to go back to just see him. Reaching my house in Jitra, I found that my motorcycle wasn't working. But I really wanted to go to Kodiang (which was 20km away). There's no way I can go and see him. Nobody was around. But... talk about holy and last day of our lives.. my friend suddenly appeared with his bike from KL saying something weird like, I was riding pass this area and I suddenly thought that you might want to 'tumpang' me to Kodiang. What do you know..

I tumpang him to Kodiang and he left me there. I insisted that I can find my way back home though I didn't really know how. Tok Napiah's house was really really way-way no near the main road (where I can easily get a taxi or bus home). I met him. The old man. His face as 'bersih' as always. Just returning from slaughtering a cow (it was a few days after Hari Raya Haji and still in the korban period). He was so happy to see. Invited me in but I declined. I told him that I only wanted to see his face. I have seen and i want to go back. He was angry I guess. He insisted that I spend some time with him. Pleading. But I totally refused. Kasihan pula. This words he said I remember well..

Dad, Dad ni bukannya betul sangat.. apa yang dad buat bukannya betul semua! I wonder why this suka jaga hati orang old man said that to me. Of course I know I tak betul sangat. Sebab tu dok mencari ilmu agama sana sini. Dia kata, dia pun bukan betul sangat. He told me, kecewanya dia lately.. kerana apa yang dia doa, satu pun tak dapat jawapan. Ramai orang datang minta tolong, tengok itu ini, harap itu ini tapi tak dak satu pun yang dia doa minta tengok, dapat... He was frustrated. Kecewakan orang!

He was frustrated juga with people yang letak so much 'kepercayaan' pada dia. Dia cuma doa saja, kadang nampak kadang tidak nampak. Tapi manusia terlalu meminta. Dia tanya balik, sama ada tuhan telah tinggalkan dia. Which was weird. I know how much he loves God! How he fears Him!

He was waiting for me to say something... and tah lah. I think I reply out of the need to reply. I kata tak pa lah tak dapat jawapan pun. Jangan hilang keyakinan kat tuhan just because tak dapat satu dua jawapan sedangkan dia banyak beroleh jawapan sebelum tu. Dia ajak sembahyang dan tidur rumah dia kerana well, seriously, I never asked him for anything. People from all over normally see him nak minta ubat itu ini, nak minta ilmu itu ini. I never did ask for anything other than exchanging amalan ibadat dan sembang hal ketuhanan, makhluk dan philosophy. Dia kata seronok just to tengok I sembahyang kerana I never ask for anything. Buat dia lagi semangat nak sembahyang. Anak murid lain biasanya mengharap dia jemput tidur rumah dia, I always declined. Dia pula yang terpaksa ke my house untuk sembang dan sembahyang sama.

But, kalau dah buat decision, and sekali kata, the type of person I am... I left him. The next afternoon, he fell, kena stroke and two weeks after dia meninggal. I probably student terakhir yang jumpa dia.

Ribu orang yang hadir waktu dia meninggal. Malangnya waktu mandikan dia, daripada beratus anak murid dia, cuma I seorang saja yang mandikan dia. (with ahli masjid kampung). Weird. I noticed semua orang di luar dok sembang, dok rasa frust, Tok Napiah dah tak ada. While I yang tak pandai langsung pasal mandi jenazah ni masuk ke dalam dan mandikan dia. (Of courselah orang masjid bantu a lot). I guess he knew that I will be the one dalam semua anak murid dia yang sayang dia sampai mandikan dia. His other anak murid yang sayangkan dia, Azizi (a brother  to me) sampai lewat dari KL. Or else it would be me and him.

OK.. coming to the point of writing. Hormat!