Thursday, March 17, 2011

Doa: Cara dan Waktu Terbaik

DOA
When anything distressed the prophet he would engage in nafl prayer.

Adab berdoa

Adapun cara berdoa jelas di dalam ayat yang bermaksud:
al-araf (55-56)
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi,(sesudah Allah) memperbaikinya. Dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut dan harapan. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”

• Perbanyakkan menyebut nama-nama Alllah, terutamanya Ya Allah, Ya arhamarohimin, Ya haiyuu Ya qayuum Ya dzal jalalliwal ihram.

• Hakikatkan seakan kita terlalu mengharap dan tidak berdaya dalam usaha dan harapan kita. Seakan kita ini sakit atau teraniaya, dihina sebagainya.

• Nada yang dipakai adalah teramat lembut dan merendah diri.

• Bongkokkan badan ke depan dengan menundukkan kepala ke bawah sedikit apabila terasa hati amat sedih ketika menyebut Ya Allah. Mulakan menyebut Ya Allah dan tunduk, ketika rasa terlalu sedih berhenti menunduk dan berdoa dengan hati yang amat berat.

• Berdoa sehingga terasa berat di dada dan sebak.

• Rapatkan kedua-dua tangan dan dekatkan dengan muka.

• Berulang kali berdoa tidak kira tempat dan masa

• Akhirkan doa dengan la haula wala quwata ila billah

• Berbuat baiklah sebelum melakukan sesuatu doa

• Paling baik berdoa adalah selepas melakukan solat sunat dua rakaat

• Sebaiknya mengadap kiblat tetapi tidak semestinya

Waktu berdoa yang baik

• Tengah malam ketika manusia lainnya tidur

• Selepas sembahyang wajib dan sunat

• Selepas sembahyang tahajud

• Selepas sembahyang hajat dengan bersujud (baca la illa ha illa anta subha naka inni kuntum minazzholimin 44x)

• Beberapa minit sebelum azan subuh (elok istighfar)

• Waktu antara sunat subuh dan subuh (elok baca subhanallahi wabihamdi,
subhanallahi azhim 100 x atau fatihah 40x dan berdoa)

• Waktu kaki langit merah (elok berkata rabbana ma qolakta na azaban tila, subha naka faghina azaban naar, ayat al imran 191, ya Allah, tidaklah percuma engkau jadikan semua ini, maha suci engkau, peliharalah aku dari azab nerakaMu)

• Selepas sunat dhuhaa

• Waktu matahari terpacak di atas kepala

• Jatuh matahari dan kaki langit merah sebelum maghrib

• Masuk waktu maghrib dan sebelum sembahyang maghrib

• Waktu sebelum tidur

• Sentiasa berdoa benda yang sama di mana sahaja

• Sesudah berzikir atau membaca quran

• Sesudah melakukan sesuatu kebaikan

• Apabila kita sakit

• Sepanjang hari Jumaat dari malamnya

No comments:

Post a Comment