My wife asked me an interesting question but just too early for me. What is qada and qadar, is it true that it is all fated, if so, what's the point of living? My little Enaydia (8 months) just got up and she kept clinging to me that I asked my wife to browse through the internet for answers! After all it was 6 in the morning!
All she got were more confusing write ups on qada and qadar. It seemed that all the notes somehow ended up saying it is all fated. If you have little knowledge in the area and were to read them, you will get more confused or totally misunderstood the whole idea. Most notes are probably meant for references to the know people...
I have to write this for her!
One of my most memorable growing up moments was the time Ustaz Menhat (High School) giving me notes on the subject. He walked into the classroom, asked whether we were ready or not, and forcing us to pick up the pen and just write. He will not entertain any question! I wrote it down. Word by word. Ustaz kept on repeating again and again until we got it right word per word. It was only a one page note but it took us nearly 30 minutes to got it all down. All on Qada and Qadar. He pointed out at the end of the lesson that he just taught us to memorize by heart and to understand the concept. I guess that was my first reporting experience preparing me to a bigger role as a reporter later.
He taught me to listen carefully and jotting down notes correctly.
I remember the idea well then as I have faith in it clearly now.
What is qadar? It is a set of rules, the base and nature of things and creation. It is what things are. The nature of things. The base of its purpose. It also carrys the meaning measurement, sukatan.
An example: - Sifat api itu panas. Api membakar. Sifat ais itu sejuk. Ia juga mencair. (The nature of fire is it is hot. It burns. Ice is cold. It melts too under the sun.) Millions of other conditions and bases.. These set of rules are divinely created and perfectly conditioned. Sifat yang tak boleh berubah. No change whatsoever to them. A fire remains hot as the ice is cold. Some may say it is the law of nature.
Qada is how it get to being that. Bagaimana proses itu sampai ke situ. Perlaksanaan, kata Ustaz Menhat. Qadar itu undang undang atau hukum kejadian. Qada itu bagaimana ia boleh jadi begitu. Ambil kayu kering, gosok kuat, jadikan friction, akan mula terbakar, kalau pandai ditiup pada habuk kayu tentu menjadikan api! Kadang kadang susah pula nak gosok 2 kayu kering. Kayu senang sekali adalah buluh. Ini adalah ilmu! Cepat panas dan serpihan urat buluh senang menyala. Perlaksanaan ini seperti mencari kayu yang sesuai, memahami mana yang lebih baik untuk menjadikan api adalah perlaksanaan. Kematangan, ilmu dan pengalaman amat berguna! Ini dinamakan qadar.
Set undang undang ini terlalu luas dengan pelbagai kemungkinan. Contoh di sini, kayu kering boleh terbakar. Gesek dua kayu boleh datangkan 'friction'. Kalau tangan tak gerakkan gesek, tentu tak ada 'friction'. Kalau kayu tak dirapatkan atau bersentuh ketika menggeser mana nak ada 'friction'. Tak ada 'friction' tak ada api! Semua ini, dari menggerakkan tangan, mengeser, menguatkan tekanan, meniup adalah perlaksanaan. Tiap tiap satunya ada qadanya. Jadi ilmu ini adalah terlalu luas!
Kalau tak rapatkan kayu tak ada friction, tak ada api.. juga adalah hukum yang ditetapkan. Kayu basah pun bukan main susah nak panaskan. Maka lambatlah api nak nyala. Ini semua ketentuan. Melalui hukum sifat. Istilah bahasa qada mubram. Takdir yang tetap.
Qada ialah jalan untuk mendapatkan api tersebut. Banyaklah cara caranya. Kalau mengikut hukum tuhan, ketentuannya, api dari kayu menyala, dari gas, dari banyak benda.
Jadi, dalam konteks hidupan harian.. it is actually about understanding how to get there. Though we sometimes only know the target. Nak api misalnya tapi tak faham nak gesek kayu apa, nak gesek kayu berapa kali, nak condong bagaimana. Daun daun kering atau sabut boleh memulakan api pada kesan geseran kayu kayu tadi! Maka realiti pengetahuan atau ilmu itu juga sangat penting dalam membentuk qadar yang sihat!
Dalam soal ilmu inilah berlakunya kebodohan dan kecelaruan manusia. Di sini lah kalau berlaku sesuatu di luar kemampuan ilmu, kita mula menyatakan itu adalah ditakdirkan!
Bila datang kepada qadar inilah berlakunya kesilapan pemahaman manusia. Aku dah buat macam ni kenapa jadi macam tu pula! Mulalah hilang kepercayaan kepada tuhan atau pada diri sendiri. Tidak memahami ilmu juga boleh membawa kepada gagal memahami hubungan diri dengan tuhan! Kurangnya ilmu membuat kita silap. Sebagai contoh, kadang kala kita kena faham benda benda ghaib lainnya yang tak nampak. Api perlukan oksigen yang cukup untuk terbakar. Kalau tanpa oksigen di udara, tak terbakar. Banyak lagilah perkara sampingan ghaib lainnya. Kalau cukup ilmu, boleh faham semuanya!
Lazimnya bila sesuatu dah berlaku atau sesuatu di luar kemampuan ilmu kita memahami, kita akan kata, dah memang ditakdirkan jadi begitu. Itu sebenarnya salah. Ia tidak ditakdirkan tetapi takdirnya begitu. Ada bezanya ditakdirkan dan takdirnya. Ditakdirnya bermaksud.. tuhan tetapkan. Kalau tuhan tetapkan, buat apa nak salahkan manusia lagi kalau tak menjadi apa pun! Kalau takdirnya begitu, what we are saying actually is, itulah hukumnya. Kalau kita buat begitu jadilah begitu. Tak boleh jadi begini. Maka begitulah ketetapan tuhan! Please understand this!!!
Ada hadis yang menyebut keistimewaan orang islam dalam memahami qadar ini.
"Hairan mengenai perkara seorang muslim. Sesungguhnya semua perkara adalah baik baginya. Hal ini tidak berlaku melainkan bagi mukmin sahaja.
Jika dia mendapat kesenangan, maka ia bersyukur dan itu baik baginya (mendapat pahala) dan jika dia ditimpa masalah, maka dari bersabar dan itu juga baik baginya." (Muslim).
I felt a bit frustrated bila dengar kata semua benda telah ditakdirkan. Terutamanya dari orang beragama islam. Kalau datang dari mereka beragama Budha, it is ok! Itu kefahaman mereka. Memang agama mereka begitu. Kerana itu ajaran asas agama tersebut. Malah sifat islam qadariah pun macam tu juga. Kononya semua ditentukan.
Satu pengajaran adalah ketika seorang pencuri ditanya Omar kenapa dia mencuri. Dia berkata sememangnya dia sudah ditetapkan Allah menjadi pencuri maka bukan salahnya kalau dia mencuri. Omar telah menyuruh pencuri tersebut dipukul dan tangannya dipotong. Reason Omar, dia mencuri harus potong tangan kerana kesalahan mencuri. Kerana membohongi akan Allah maka dia dipukul! Maka itu peringkat kefahaman qada dan qadar dengan benar. Masalah dengan kita adalah cepat sangat nak meletakkan Allah sebagai penetap sesuatu bala, musibah atau malapetaka. Ada sebab akibat berlaku sesuatu mengikut hukum qada dan qadar, kita terus kata itu telah ditakdirkan! Bukankah secara langsung kita menyalahkan tuhan pada hal Dia telah menetapkan pelbagai laluan dan jalan keluar kalau sesiapa memahami ilmunya.
Kita ni masyarakat berilmu. Diberi kemampuan untuk pandai mencari ilmu. Kalau ada sesuatu kejadian tu, kita boleh mengkajinya. Kita boleh memahaminya daripada kita meletakkan secara total kepada perbuatan tuhan. Gagal memahami ini juga menunjukkan kebodohan kita dan kadangkala keangkuhan kita sendiri!
Ini semua telah ditakdirkan! Mengarut! Tak ada lah syurga neraka kalau begitu dan tidak wujud keadilan! Kalau dikatakan Allah lebih mengetahui, sememangnya itu benar!
Sebenarnya kita boleh menjadi bangsa yang lebih kuat kalau kita memahami konsep ini dengan baik dan beriman dengannya. Apa tidaknya, kita akan mengkaji sesuatu perkara baik dari segala aspeks dan memahami pelbagai ilmu kejadian sebagainya. Bukanlah semua perkara yang dilakukan itu kerja kita sendiri dan kita bersifat angkuh jadinya kerana yakin bahawa kita melakukannya sendiri tanpa campur tangan tuhan! Kepada yang tunduk kepada tuhan akan lebih yakin kepadanya kerana ilmunya terlalu luas. Kita ini terlalu kecil untuk mengkaji segalanya.
Kita balik kepada kedudukan doa dalam kehidupan. Hukum telah ditetapkan. Tak ada yang mampu mengubahnya. Api memang bersifat panas. Tak mungkin dia sejuk. Salah! Doa boleh mengubah sesuatu qada. Itulah kelebihan beriman dengan qada dan qadar. Kita mesti mempercayai kekuatan doa bagi diri manusia. Doa Nabi Ibrahim boleh menyejukkan api apabila Allah berkehendakkan api menjadi sejuk. Sifat api yang panas boleh disejukkan atas arahan Allah! Bagaimana ia berlaku adalah diluar kemampuan saya untuk berfikir. Tapi itulah kelebihan doa. Banyak lagi cerita mengenai doa doa para nabi dan doa para wali serta keluarga kita sendiri!
My wife asked me to put some hadis and ayat quran into my writings.. kata dia nanti jadi lebih cantik dan lebih dipercayai. Hmm.... I don't want to. Kalau nak selak kitab nak buktikan ini itu terlalu banyak boleh dilakukan. Malah kalau nak tunjuk pandai, just cari saja ayat untuk betulkan penulisan. Orang nampak kata kita ini pandai dan betul! Ego diri naik dengan sendirinya.
Tak perlulah.... tugas nak betulkan ini itu kita serah kepada yang suka buat begitu. Kita menulis dari pengalaman hidup dan pendedahan kepada kehidupan. Kita menulis dari bertahun berjumpa pelbagai lapisan masyarakat dan usaha untuk mencari jawapan kepada sesuatu. Ini bukan bertujuan untuk berdakwah tetapi sekadar untuk memahami. Mereka yang bukan beragama islam sendiri boleh membacanya tanpa rasa pelik bila disebut Allah kata ini dan itu.
Yang, I dah selesaikan satu tanggungjawab memberi jawapan pada you. Harap you faham. Hal nak buktikan dengan ayat quran, rajin rajinlah baca, tentunya akan dapat samakan dengan apa yang ditulis di sini.
Abang
17/3/11
Thanks Abang for the info...
ReplyDeleteJanganlah tulis 'Yang' di situ, this is an open blog...hehe...segan.
But, appreciate it that you took your time to write these...Nanti I cari lagi apa-apa yang dalam kemusykilan.
Thanks again, dear :)