Wednesday, March 23, 2011

Tanda Orang-Orang Celaka

TANDA ORANG CELAKA


“ Sesungguhnya setiap bertambah ilmu, semakin bertambah sombong dan bongkaknya.
Setiap bertambah amalnya semakin bertambah bangga dan memandang rendah kepada orang lain dan semakin bertambah sangka baik terhadap dirinya.
Semakin meningkat usianya, semakin bertambah loba dan tamaknya kepada dunia.
Semakin bertambah hartanya dan kekayaannya semakin meningkat bakhil dan kikirnya.
Semakin meningkat darjat dan pangkatnya semakin meningkat pula sombong dan angkuhnya ”.

I came across this 'quotation' some time ago. It was probably during my so many visits from one library to another in my quest to become the good' person, loved and guided by God. That was my only wish some time ago. I couldn't care less whether I 'made it' in this materialistic world but my only wish was at that time, to be a very good person and as love was hard to come by - complicated and people's love changes all the time, I seek true love from God. To do that, I must learn to love Him first. That was the period where I spent two years in my dusun's old shack. (which later came about my email add creative_shack). Memang dalam hutan. Mandi air telaga, tak ada letrik and of course tak dak kawan and cuma bercakap dengan pokok-pokok buah yang baru ditanam. Planted by me and my dad.

My father loved the idea and often slept over. I was 26. He normally came bringing ration etc, where I cooked. No big deal though for I do cook. But I spent the most time there. The place where I learned a lot about my religion. 

I can't remember exactly who wrote or said that line but obviously if I took it down then, it was from a recognised scholar, if not the words of the prophet himself. I  was very particular about taking notes down etc, having read most from Ghazali and other scholars. Can't remember all their names. It was over two decades ago. I seldom was bothered with the writer's name though, back then. It was more on, anything that interest me most, I would try to do research on that particular topic. I like went thru from shelf to shelf just picking out books, see what's inside and read it there. I probably read 15 to 20 books per day on any particular topic I wanted to learn. (Even when I was in the jungle, I would go to the library some 40 kilometers away to do researches. And seriously, I read a lot! Once or twice a week from 9am to 5pm.)  Those books by Ghazali or Sahih Muslim, I read them thru one after another.

Back to the quote... (I will continue in Malay from now on..)

1. Sesungguhnya setiap bertambah ilmu, semakin bertambah sombong dan bongkaknya.
Ini adalah tanda pertama orang yang celaka. Maknanya juga orang yang dilaknat tuhan dan mendatangkan banyak masalah kepada masyarakat. Biasanya orang begini ada pengikut yang ramai kerana manusia yang dipimpin ini ramai dan banyaknya adalah jahil.

Masalah utamanya dengan adanya pengikut ini adalah kerana dua kelemahan manusia. Pertama adalah kagum dengan kebolehan manusia lain dan kedua adalah sifat memaafkan atau membenarkan.
Sifat pertama ini sangat buruk dan boleh berlaku kepada sesiapa juga. Sifat kagum kepada kemampuan orang lain ini lari jauh dari sifat ketakwaan sebenar manusia. Nak kagum atau sayangi, pergilah kepada tuhan. Kerana itulah sifat kagum ini saya katakan sebagai kelemahan manusia. Kagum orang kaya, kagum penyanyi, kagum orang pandai, kagum orang ada kereta besar.. sebagainya. Kagum! Satu kelemahan yang merugikan. Sebabnya, tak sebagus mana pun apa saja kebolehan manusia. Memang dahsyat tak sebaik mana pun. Sedikit demi sedikit kelemahan itu akan terbongkar juga... Jadi yang kekalnya adalah Sifat Kekal Allah.

Sifat kagum ini juga sangat merugikan. Sepatutnya kita mencari kekuatan dari kebolehan orang lain dan berusaha untuk menjadi yang sebaiknya, kalau itu yang baik ke jalan Allah. Ini tidak. Kita ternganga kagum dengan kebolehan manusia lain. Bersorak, menempik, menjerit kegilaan dan hilang akal bila dengan mereka. Rugi saja.

Contoh paling ketara adalah kita sangat mengkagumi Nabi dan khalifah yang empat. Kagum sehingga meletakkan ke tempat yang paling tinggi. Sepatutnya, kita melihat pada apa yang dilakukan dan berusaha bergerak ke arah tersebut atau mungkin lebih baik.

Kelemahan kedua adalah memaafkan dan membuta menyokong. Bila sokong atau kagum seseorang, kita akan maafkan dan relakan apa saja keburukan yang dia ada.  Kadang tu atas dasar kasihan, kadang tu cinta, kadang tu atau rasa komited dan sebagainya. Ini juga kelemahan yang merugikan.

Istillah ilmu ni bukan sahaja meliputi pengetahuan tapi meliputi kebolehan dan kemampuan. Ilmu bukan sahaja 'knowledge' atau tahu itu ini tapi merujuk juga kepada kepandaian seseorang. Bakatnya. Keahliannya. Banyak tahu itu ini, pandai buat itu ini sebagainya. Contohnya pandai belajar, pandai bersukan, jadi pekerja paling produktif sebagainya.

Daripada bersikap merendah diri bila berbakat atau mengetahui sesuatu, dia menjadi sombong dan bongkak. Sifat orang celaka. Kewajipan utama seorang muslim adalah untuk mencari keredhoan Allah. Maknanya juga mahu tuhan berkati apa yang diusahakan. Bukan itu sahaja, mahu tuhan sayang juga. Jadi tentunya seseorang muslim sejati memiliki ciri ciri amat mulia selepas memperolehi ilmu atau dikurniakan sesuatu kebolehan. Pertama menyeru ke jalan tuhan dengan cara kebaikan dan kebenaran. Kedua berlaku adil sesama manusia. Ketiga mempertingkatkan kemampuan diri dan amalan agar dikasihi Allah. Akhirnya, memastikan tidak berlaku kerosakan di muka bumi ini dengan ilmu yang diperolehi.

Tapi bagi seorang yang buruk dan celaka orangnya, dia akan menjadi sombong malah bongkak juga. Merasa tinggi diri. Tidak mahu berkongsi ilmunya. Sama sekali tidak meningkatkan amalnya. Mempunyai keyakinan diri keterlaluan dan merasakan diri itu bagus! Inilah dinamakan celaka.

Bila bercakap dengan orang pun nada suaranya berubah. Kadang memperlecehkan orang lain, kadang mempertinggikan gaya percakapannya. Menjijikkan.

Dalam perjalanan hidup saya ini, saya berjumpa terlalu ramai manusia begini. Terlalu ramai. Belajar sekolah bagus sikit, meninggikan diri sekolah itu bagus sebagainya. itu baru peringkat anak-anak. (Ini lebih kepada kesalahan didikan kerana ibu bapa bersikap bangga diri. Sekolah pun bersikap begitu juga). Daripada belajar mencari ilmu sebaiknya untuk digunakan ke arah kebaikan diri dan masyarakat, kita mengajar anak-anak kita bangga diri. Dapat nombor satu adalah terbaik.Yang tak dapat, maka tak bagus. mana perginya sikap rendah diri kita dan saling membantu.

Kalaulah sistem pendidikan kita mengajar orang memahami daripada mengajar orang meninggi, mungkin keadaan pemikiran keseluruhan masyarakat boleh berubah. Entahlah!

2. Setiap bertambah amalnya semakin bertambah bangga dan memandang rendah kepada orang lain dan semakin bertambah sangka baik terhadap dirinya.

Bila amal bertambah, kalau dulunya jahil kini tau sikit, mulalah merasa diri lebih bagus dari orang lain. Bangga pula mengetahui sesuatu sedangkan orang lain tidak tahu. Sembahyang sunat sikit dah merasa diri terlalu baik. Kalau cakap dengan orang pun pandang dengan pandangan yang jelek. Dengan amal yang dilakukan, akan mudah terbawa kepada merasakan begitu yakin sudah masuk syurga. Maka hilanglah sifat merendah diri dan takutkan tuhan. Sedarlah akan tanda ini dan jangan sesekali termasuk dalam golongan ini.

Senang saja mengelak dari keadaan ini. Amal yang kita lakukan adalah belum cukup! Itu sahaja yang harus difikirkan. Kita belum guarantee yang terbaik. Syurga belum milik kita. Kalau kita beramal pun, mungkin ada sifat lain yang kita kekurangan, misalnya berkira, kedekut atau suka memaki. Jadi fikirlah amal yang kita lakukan walaupun sebanyak mana, belum tentu cukupnya.

3. Semakin meningkat usianya, semakin bertambah loba dan tamaknya kepada dunia.
Usia meningkat. Kita berumur. Katakan kita dah hidup 50 tahun di dunia ini. Sebenarnya 50 tahun untuk apa? Apa telah kita lakukan sepanjang 50 tahun kita hidup? Berapa banyak amal yang dikerjakan. Katakan kita bahagikan hidup kita kepada tiga bahagian. Dalam sehari ada 24 jam. Di bahagikan 3, ada tiga bahagian 8 jam. 8 jam tidur, 8 jam beramal, 8 jam bekerja. Ini jalan paling selamat untuk mengira amal kita. Baru imbang sebenarnya. Tolak tidur yang semestinya kita tidak melakukan apa apa kejahatan, yang lainnya kalau dilakukan sebaiknya masih seimbang.
Nanti dulu. Sedangkan dalam sembahyang yang tiga minit pun kita tak mampu beramal dengan khusyuknya pada hal bila bekerja, kita mengata dan mengumpat sesiapa yang kita mahu. Sengaja atau tidak. Atau kita bersangka buruk. Macam mana nak penuhi amal 8 jam? Itu pun untuk bagi imbang sahaja dari segi masa.  Susah kalau difikirkan.
Daripada memikirkan soal ini, jalan pengiraan simple ini, manusia bila berumur makin berfikir pula, aku telah terlambat untuk kaya. Maka makin berusahalah untuk menjadi kaya dan mengumpul harta dunia. Pada yang terlalu berjaya pula, makin banyak komitmen. Makin banyak lah mengejar harta. Mulalah mencari kereta terkini, pakaian terkini, itu ini terkini... perkataan ter---- amat penting. Maka langsailah 8 jam beramal hanya untuk imbang sahaja.
 
4/5 Semakin bertambah hartanya dan kekayaannya semakin meningkat bakhil dan kikirnya.
Semakin meningkat darjat dan pangkatnya semakin meningkat pula sombong dan angkuhnya ”.
(Bersambung....)
 
 

No comments:

Post a Comment