Wednesday, July 5, 2023

TANGGUNGJAWAB PENULIS

 

TANGGUNG JAWAB TERSIRAT

 

KITA sedang memandu. Sebuah kereta meluncur laju memintas tajam, hampir sahaja terlanggar.

 

                Apa kita buat?

 

                Maka keluarlah perkataan, "Bloody hell! Bapa dia punya jalan dia! Barua babi!" Tangan kita tergerak langsung kerana tertekan dari tindakan 'natural' kita. Kita bunyikan hon dengan kasar, menekan beberapa kali. Gema menyampah hon yang kalau dalam keadaan biasa kita sama sekali mengelak layan, langsung tidak terbeban lagi. Dreber dari kereta hadapan memperlahankan kereta membuat kita turut sama menekan brek. Dia pun menyampah dihon berkali. 'Lu samseng, gua samseng!'

 

                Maka kereta yang berada di belakang lantas membunyikan honnya. Dia tadi terpaksa brek mengejut mengelak kereta kita.  Makin keliru kita dibuatnya. Diamana tau bukan salah kita! Kita tinggi lampu mahu pemandu hadapan sedar kesalahannya. Juga kerana kita mahu menyatakan, kita marah! Maka mulut pun menambah kurang ajar  laknat siut sebagainya. Memanaskan hati agar kita sedar yakin kita tak boleh dibuat main-main.

 

                Lelaki di hadapan buka tingkap lalu menunjukkan jari tengahnya. Masih memperlahankan kereta. Kurang ajar, tidak mahu kita memotong. Juga menyempitkan laluan bergerak kita. 

 

                Sudah bermacam kata maki dalam diri, meluap keluar bila sudah longgar ditahan. Ia mendesak kita memotong sebelah kiri lalu menghimpit kereta hadapan. Lantas kita juga dengan 'natural' menunjuk jari tengah! Di tambah dengan meludah setelah tingkap dibuka. Tak kiralah angin kuat yang melibas. Itulah, manusia lain yang mulakan, kita samakan diri kita sebiji macam dia. Kalau itu setan di depan kita, kita pun menerima setan dalam marah kita. Pelik bukan?

 

                Apa yang terjadi kemudian, macam-macam boleh reka. Kita penulis, kita mampu membina scene.

 

                Itu kita relakan penulisan kerana ia 'natural'. Memang itulah kenyataannya. Natural! Maki hamun, desakan liar dalam tubuh, angkat jari tengah dengan angkuhnya mahu menyatakan, aku ini siapa! Kita kata itu natural! Benda biasa dalam kehidupan. Natural = Orang lain buat, kita buat.

 

                Natural? Ya ke? Natural kepada siapa? Kepada penyangak kurang ajar? Kepada kita orang yang beragama dan bermegah bahawa agama kita yang terbaik di alam ini? Natural? Kita yang kononnya sembahyang tak tinggal di masjid. Natural bila maki hamun? Kata siapa?

 

                Kata Orang Putih, sememangnya jelas. Natural itu kurang ajar melampau!

 

                Bukan kata-kata manusia Melayu yang benar-benar Melayu. Kerana Melayu dan islam itu berpisah tiada. Kerana Melayu dan budaya sopan itu satu. Orang Putih yang tidak berbudaya dan segalanya keliru itu sememangnya begitu.  Maka diperjuangkan dengan megah dalam filem-filem dan drama mereka. Apa yang keliru dan kotor! Majoritinya kerana mereka setan besar, pemandu kereta di depan kita!

 

                Anehnya kita memilih untuk meMat Salleh-kan diri. Tak boleh tukar warna kulit tak pa. Tukar perangai. Aduss..., kita suka sangat dengan sikap 'bebal' dan 'kotor' sebegitu. Kita amalkan, kadang itu berbangga dengannya. Sedar atau tidak.

 

                Melayu itu kolot, beradap itu kuno! Mat Salleh juga yang betul.

 

                Lalu, dalam pendewaan sedar atau tidak kepada budaya keliru luar ini, kita paparkan pula dalam drama dan filem kita. Kerana ianya realiti dan 'natural'!  Juga kerana kiblat penulisan kita itu adalah barat. Filem dan segala perkembangan drama dari negara keliru ini kita umpamakan sebagai tokong berdaulat atau barang sembahan suci. Kalau tak sampai level pendewaan pun, mereka jadi ikutan.

 

                Juga kerana dari awal kita belajar lagi, kita didedahkan kepada segala pembudayaan yang dibawa mereka. Proses awal pendewaan mesti kiblatnya kepakaran Orang Putih!

 

                Hmmmm..., ada jalan keluar ke?

 

                Mari kita selidik sikit alternative action..., apa yang mahu kita perjuangkan.

 

                Sedarlah 'natural' itu boleh dibina! Tambahan di tangan penulis. Kena faham benda begini. Ia bukanlah undang-undang keras kena ikut!

 

                Saya sentiasa percaya, tangan penulis itu membentuk budaya. Maka rugi dan sia-sialah keberkatan yang diberikan kepada penulis itu kalau dia hanya mahu menurut arus budaya dan 'realiti' yang ada. Rugi teramat!

 

                Mari kita ambil senario ini. Kita memandu. Isteri di sebelah. Manusia yang kita sayang. Kita sanggup buat apa sahaja kerana dia. Malah memandang wajahnya itu menyenangkan.  Datang kereta laju, memintas tajam! Kalau kita tidak membrek akan terlanggar lah. Pemandu di depan nampaknya memandu secara menggila.

 

                Respon kita..., "Astaghfirullah!" Kita mengucap permohonan pengampunan mengakui salah kita dahulu. Kemalangan boleh berlaku dan isteri kita boleh cedera. Lalu kita istighfar. Berkali. Kerana apa sahaja kesilapan itu seharusnya bermula dengan kita dulu. Jangan tengok salah manusia lain. Tengok salah sendiri dulu. Juga kita istighfar kerana lidah dan mulut sudah diasah begitu.

 

                Kita sedang marah. Memandu melulu begitu akan menyusahkan pemandu lain. Kita ini manusia, kita mampu marah. Bukan sentiasa baik sahaja kot. Isteri yang menyenangkan di sebelah melihat muka kita merah, mengingatkan. "Dia kecemasan kot abang! Mungkin ada orang sakit! Mungkin perlu ke bilik air!"

 

                Teguran isteri mahu mententeramkan. Juga mahu menenangkan. Tidak mahu suami bergaduh.

 

                Kita sebut keluar kemarahan kita. "Pandu begitu bahaya! Nasib abang brek! Kalau tidak dah langgar!" Kita memandang isteri.

 

                Mulalah si isteri main psiko. Dia wanita yang bijak. Dia mahu suaminya tenang. Bergaduh atau marah tidak membawa kepada sebarang kebaikan. Dia juga tahu bebal dan perongos suaminya itu dahsyat. Lalu dia senyum. Jelas tangan suaminya mahu menekan hon kereta. Begitu terdesak mahu bertindak. Lalu dipegang tangan suaminya.

 

                "Kasihan kalau dia ada masalah!" Pujuk isteri.

 

                Hati suami mulai sejuk. Tambahan bila wajah psiko minda isteri itu murung kasihankan orang di depan. Orang dah buat jahat, dia pula kasihan manusia di depan. Malaikat ke apa. Namun itulah yang menyejukkan kita. Kerana itulah kita memilihnya. 

 

                "Sayang OK?" Tanya suami kemarahan hilang langsung. Tumpuan harus kepada isterinya.

 

                Itu scene alternatif. Tidak serba canggih laju pace setting. Dan tidak kurang ajar. Ianya perangai yang baik seorang Islam. Mungkinlah boleh dicantikkan dengan intercutting pada reaksi yang baik.  Pendekatan filosofi yang diambil mungkin lah segala marah maki hamun itu sifat muda dan dibenarkan keadaan. Itulah rasional kita. 

 

                Apa pun... Ia menanam sekali tersiratnya pembentukan budaya yang indah. 

 

                Mat Salleh berjaya masukkan keselesaan hidup cara mereka selepas puluhan tahun menyerapnya dalam penerbitan mereka. Kita mengikut bodoh! Pada hal, kita boleh menyerap segala yang tersirat dan membentuk budaya kita sendiri dalam drama kita. Cuba renungkan!

 

                Sememangnya boleh segala kata maki dan segala sifat perongos ditunjukkan. Itu happening! Semua orang yang ada bersifat begitu! Adakah itu yang terbaik? Dalam tanggung jawab membentuk pemikiran separa sedar masyarakat, bukanlah sifat kurang ajar itu yang sebaiknya. Malah ia tidak cantik pun. Tidak kalau kita mahu membina bangsa yang kuat. Itu semua hanya membawa kita kepada keruntuhan budaya dan akhlak. Runtuh baik pada moral, baik pada pembudayaan.  

 

                Pada saat ini, saya teringat sajak yang dibawa penulis besar.

 

Sajak Robert Frost itu The Road Not Taken pada saat penulisan ini sangat berguna.

THE ROAD NOT TAKEN

 

Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;

 

Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,

 

And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.

 

I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I—

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.

 

                Kebiasaan penulis akan mengikut arus yang ada. Tidak mahu perubahan, tidak yakin kemampuan. Segala keyakinan dan kekukuhan serta keimanan diperdagangkan kerana projek dan kerja. Dapat projek buat saja macam orang suruh. Itu kehendak stesen kononnya.

 

                Juga kerana kita ini biasa melakukan, maka kita lakukan. Kalau mulut suka mencarut, maka kita mencarut juga dalam penulisan. Kalau hati itu kasar, kita berkasar juga dalam pendekatan.  Kita menulis kerana ianya kita, kita yang tanpa ada visi dan perjuangan. Hanya kerana kita mendapat projek, ego kita meluap keluar. Siapa kita itu jelas pada perwatakan dan dialog yang kita cipta.

 

                Sayang sekali.

 

                Sayang sekali kita tidak mempunyai 'terajut akal' yang mampu mencorakkan budaya yang kita mahu permuliakan.